Advertising
3 Pemain Malaysia Cetus Keterujaan Quentin Cheng
MakanBola
FAM

Pemain bek kanan Selangor FC, Quentin Cheng bercerita mengenai keterujaan beliau ketika pertama kali menyarung jersi skuad kebangsaan.

Quentin yang berasal dari Australia terkejut dengan kemampuan tiga pemain Malaysia pada kejohanan Sukan Sea 2019.

Ad

Tiga pemain yang dimaksukan ialah Faisal Halim, Dominic Tan dan Akhyar Rashid. Quentin menganggap ketiga-tiga pemain ini sangat peka dengan bola biarpun ada di antaranya memiliki tubuh yang kecil.

Ad

“(Pemain Malaysia) agak bagus dan peka dengan bola. Mereka agak baik dengan bola. Gelecekan, kawalan bola dan sentuhan.

“Saya rasa ketika itu, ketika perlawanan Sukan SEA bersama Mickey (Faisal Halim). Dominic Tan dan pemain lain seperti Akhyar Rashid yang datang selepas itu. Mereka kecil namun mereka agak laju dan peka dengan bola,” ujar Quentin seperti yang disiarkan di Astro Arena.

Ad

Quentin sendiri telah mencipta sejarah dirinya tersendiri apabila menjaringkan gol pada penampilan pertama beliau di Sukan SEA 2019 ketika Malaysia tewas 1-3 kepada Kemboja.

Ad

Malaysia tersingkir seawal peringkat kumpulan pada edisi tersebut selepas hanya menamatkan saingan di kedudukan ke-4 daripada 5 pasukan yang bersaing di Kumpulan A.

Ad