Eropah
Njardvik Fans Malaysia
Advertisements

Semakin ramai pemain bola sepak Malaysia mula berhijrah ke luar negara dan menembusi pasaran eropah sekaligus menawarkan pendedahan dan pengalaman berbeza mereka.

Walaupun bukan mudah untuk mencipta nama di eropah, namun keberanian dan kesungguhan para pemain ini wajar dipuji dalam usaha mereka membina identiti serta membentuk karier bola sepak sendiri.

Berikut merupakan 3 pemain Malaysia yang kini bermain buat kelab di eropah:

Advertisements

1. Luqman Hakim (KV Kortrijk)

Luqman Kortrijk 3 Pemain Malaysia Tembusi Pasaran Eropah

Nama Luqman Hakim tidak lagi asing buat peminat bola sepak tempatan apabila pemain ini pernah tersenarai dalam 60 pemain muda paling berbakat di dunia menurut The Guardian.

Luqman kemudian berhijrah ke KV Kortrijk pada Ogos 2020 dengan kontrak selama 5 tahun. Sepanjang menyarung jersi KV Kortrijk, Luqman diturunkan sebanyak 3 kali dan hanya bermain selama 19 minit.

Advertisements

Beliau kerap membarisi skuad junior KV Kortrijk dan turut mencetak gol beberapa kali namun masih bergelut meraih kepercayaan ketua jurulatih pasukan senior.

Pemain berusia 21 tahun ini kemudian dipinjamkan ke kelab Iceland, UMF Njardvík pada bulan Februari tahun ini dan telah menjaringkan 2 gol dalam 9 penampilan bersama kelab tersebut.

Luqman kini dilaporkan telah kembali menyertai KV Kortrijk dari UMF Njardvík dan memiliki tugas besar dalam menembusi skuad utama KV Kortrijk.

Advertisements

2. Richard Chin (Charlton Athletic)

Pemain kacukan England-Malaysia ini beraksi sebagai pemain tengah bertahan dan turut mampu bermain diposisi pertahanan sisi pasukan.

Richard Chin merupakan produk akademi Charlton Athetic dan kini telah bermain sebanyak 7 kali dalam semua pertandingan buat pasukan senior.

Advertisements

Malah pemain berusia 21 tahun ini turut berjaya mencetak 1 bantuan jaringan dalam Piala EFL menentang pasukan Crawley.

Richard Chin semakin hampir menyarung jersi Harimau Malaya apabila beliau telah bertemu pihak FAM pada bulan Mei yang lalu dalam melengkapkan urusan dokumentasi selaku pemain warisan.

3. Annil Vigneswaran (SV Waldhof Mannheim 07)

Pemain pertahanan ini semakin sebati dengan bola sepak Jerman apabila pernah bermain untuk kelab di divisyen kelima, ketiga dan kedua.

Annil Vigneswaran pernah mewakili skuad bawah 19 tahun Malaysia sewaktu dibawah kendalian Brad Maloney.

Pemain berketinggian 1.84 meter ini memulakan karier bersama kelab divisyen kelima jerman, SGV Freiburg sebelum berpindah menyertai kelab divisyen kedua, SV Sandhausen pada awal tahun lalu.

Annil kemudian menyertai kelab Freiburger pada Ogos 2022 dan bergelar ejen bebas setelah memilih untuk tidak menyambung kontrak. Terbaharu, Annil telah menyertai kelab divisyen ketiga Jerman, Waldhof Mannheim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram