3 Pemain Penang Tambat Hati Kim Pan-gon
MakanBola
Penang FC
Sponsors

3 Pemain Penang FC difahamkan telah berjayaenambat hati Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu giat berkunjung ke setiap venue perlawanan bagi memantau pemain yang layak dipanggil bersama skuad kebangsaan.

Ad

Beliau dikesan menghadiri kedua-dua perlawanan The Phanters musim ini ketika berjaya mengikat Sabah dan juga Terengganu FC dengan keputusan 0-0.

Ad

Menerusi perkongsian oleh Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal, beliau memaklumkan bahawa Pan-gon telah tertarik untuk menggunakan khidmat tiga anak buahnya.

“Alhamdulillah, 3 pemain Penang FC akan sertai Harimau Malaya,” jelas Akmal Rizal dalam satu kenyataan di laman X.

Ad

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan tiga nama yang dimaksudkannya namun berdasarkan situasi semasa, Pan-gon mungkin akan mengekalkan khidmat dua pemain iaitu Sikh Izhan dan juga Syamer Kutty.

Ad

Seorang lagi pemain yang menarik minat penyokong iaitu Adib Ra’op yang beraksi cemerlang sejak aksi pra-musim tahun ini.

Ad

Kim Pan-gon masih belum mengumumkan senarai pemain yang bakal dipanggil bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan dan juga Chinese Taipei, Jun ini.