Advertisement
3 Pemain Ternama Dilaporkan Menuju Ke JDT
Transfer
MakanBola
Johor Southern Tigers

3 pemain dilaporkan menuju untuk memperkuat pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Khabar angin mula bertiup kencang selepas beberapa laporan dari Eropah seperti German Garcia Grova yang mendakwa bahawa JDT telah menawarkan kontrak bernilai 8 angka kepada Oscar.

Bintang kelahiran Paraguay itu dikatakan bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada pemain baharu Harimau Selatan.

Tonggak berusia 32 tahun itu memiliki nilai pasaran sekitar 1.70 Juta Euro (RM7.8 Juta) dan pernah beraksi di China bersama Shanghai Shenhua pada tahun 2017 hingga 2019.

Pemerhati bola sepak tempatan, Juan Budiman memberi bayangan bahawa terdapat tiga pemain baharu yang bakal dibawa masuk oleh JDT bagi menghidupkan hasrat ke pusingan kalah ACLE.

“Juara berganda Liga Super Malaysia sudah mengenal pasti tiga pemain untuk dibawa masuk untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai pencabar di Asia.

“Seorang penyerang, pemain nombor 10 dan juga pemain sayap,” ujarnya di laman X.

Wartawan Astro Arena iaitu Zulhelmi Zainal Azam turut mendedahkan dua nama yang berpotensi memperkuat JDT.

“Dua pemain berprofil tinggi dikaitkan ke pasukan nombor satu Malaysia dan Asia Tenggara, JDT iaitu bintang Paraguay, Oscar Romero yang dilapor ditawarkan kontrak bernilai RM11 juta.

“Seorang lagi pemain ialah bekas rakan sepasukan Jese Rodriguez iaitu Jonathan Viera,” ujarnya di laman X.

Viera merupakan pemain berusia 35 tahun yang pernah bergandingan bersama Jese Rodriguez di UD Las Palmas sekitar tahun 2021-2022.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan tiga pemain yang dimaksudkan ini menerusi pihak kelab atau pemain itu sendiri.