Johor Darul Ta’zim (JDT) dilaporkan bakal mendapatkan khidmat pemain terkemuka Eropah, Oscar Romero.
Tonggak berusia 32 tahun itu tidak memiliki kelab sejak 1 Januari yang lalu dengan aksi terakhirnya bersama Botafogo di Brazil.
Beliau juga merupakan bekas bintang di Argentina bersama Boca Juniors selain permah beraksi bersama Alaves di La Liga.
Beberapa laporan dari Eropah memaklumkan mengenai usaha skuad Harimau Selatan mendapatkan sentuhan pemain yang boleh beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan juga pemain sayap.
Laporan daripada Bruno Pont turut mengesahkan perkara ini sambil menyatakan bahawa JDT bakal membayar 2.5 Juta Euro (RM11.6 Juta) untuk mendapatkan pemain ini.
Penganalisis bebas bola sepak Malaysia, Juan Budiman turut memberi bayangan akan ada pemain baharu yang memantapkan perjuangan pasukan dalam saingan AFC Champions League Elite (ACLE).
“Sang Juara Liga Argentina dan juara Liga Brazil bakal berlabuh ke Iskandar Puteri dalam misi mengemudi Harimau Selatan ke pusingan kalah mati Liga Juara² Asia Elit.
“Selamat datang ke Johor,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman X.
Oscar juga merupakan pemain kebangsaan Paraguay dan pernah beraksi di Asia bersama Shanghai Shenhua di China.
Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan pengambilan pemain baharu buat JDT secara rasmi oleh kelab.