Advertising
3 Pemain Ternama Dunia Hampiri Arab Saudi
MakanBola
الدوري السعودي للمحترفين

Arab Saudi dijangka akan menerima kehadiran tiga bintang ternama dunia untuk menghiasi liga utama mereka dalam masa terdekat ini.

Tiga pemain yang dikaitkan ke Arab Saudi adalah pemain Manchester United, Casemiro, arkitek Manchester City, Kevin De Bruyne dan bintang Liverpool, Mohamed Salah.

Ad

Melalui satu laporan dari The Sun, ketiga-tiga pemain ini menjadi sasaran utama kelab-kelab dari Arab Saudi untuk dibawa masuk.

Ad

“Bintang Belgium dengan 99 penampilan antarabangsa itu telah kembali daripada pembedahan hamstring dengan dua gol dan tujuh bantuan dalam tujuh perlawanan. Tetapi kontraknya akan tamat pada penghujung musim depan.

“Salah, 31, dan Casemiro, 32, adalah sasaran lain yang diramalkan kerana kelab Arab Saudi mengintai pemain yang berada di penghujung karier dan akan berakhir tidak lama lagi. Pasukan Liga Pro telah dikaitkan dengan perpindahan untuk kedua-dua pemain ini pada bulan Januari depan,” lapor The Sun.

Ad

Jika perpindahan ketiga-tiga bintang ini menjadi kenyataan, ini bermakna, lebih ramai pemain bintang menyertai Liga Pro Saudi yang kini sudah mempunyai beberapa nama besar seperti Cristiano Ronaldo (Al-Nassr), Karim Benzema (Al-Ittihad) dan Neymar (Al-Hilal).

Ad

Ad