3 pemain memilih untuk meninggalkan Kedah Darul Aman serta-merta.
Skuad kendalian Nafuzi Zain kini menghuni tangga ke-11 Liga Super selepas hanya tiga kemenangan dalam 10 perlawanan yang diharungi.
Krisis Sang Kenari berterusan apabila turun dengan hanya skuad B-23 ketika menentang KL City di Cheras dan tewas dengan keputusan 5-0.
Beberapa pemain utama sudah mula memilih untuk meninggalkan pasukan untuk membawa haluan baharu pada musim ini.
Kapten Kedah, Habib Haroon memutuskan untuk meninggalkan pasukan untuk menyertai kelab Bahrain, Sitra SC.
Langkah beliau disusuli oleh pemergian penjaga gol berbakat, Fikri Che Soh yang menyertai Kelantan Darul Naim pada jendela perpindahan kedua.
Penjaga gawang Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz tidak lagi bersama Kedah apabila melengkapkan perpindahan ke Selangor FC.
Ketua Jurulatih Kedah, Nafuzi Zain sebelum ini mengucapkan terima kasih kepada pemain yang berjuang bermati-matian untuk membela nasib pasukan.
“Pemain menunjukkan sikap profesionalisme yang amat tinggi. Kita tahu pemain amat sayangkan Kedah dan walaupun belum selesai apa-apa, pemain sanggup bermain,” jelasnya ketika sesi sidang media selepas menentang Sri Pahang.
Kedah akan bertemu Terengganu bagi aksi berikutnya pada 19 Oktober 2024 di Darul Aman, Alor Setar.