3 Pemain Utama Harimau Malaya Dalam Radar Kelab Luar Negara
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

3 orang pemain utama skuad kebangsaan Harimau Malaya dilaporkan berada dalam radar kelab di luar negara.

Berita perpindahan pemain menjadi topik perbulana hangat di media sosial susulan tamatnya saingan Liga Super musim 2024/25.

Ad

Hal ini termasuklah perkhabaran mengenai beberapa tonggak Harimau Malaya yang kini mula meraih perhatian kelab di luar negara.

Ad

Kapten KL City, Paulo Josue sah bakal meninggalkan pasukan selepas 8 tahun menerusi satu pengumuman rasmi olehnya di laman sosial.

Wartawa terkemuka, T. Avineshwaran melaporkan bahawa kelab Vietnam iaitu Haiphong dilaporkan berminat untuk mendapatkan pemain naturalisasi Harimau Malaya itu.

Ad

“Mr Kuala Lumpur mungkin akan berhijrah apabila kelab-kelab dari Vietnam menunjukkan minat terhadapnya.

Ad

“Salah satu kelab yang berminat adalah Haiphong. Paulo Josue telah menunjukkan prestasi cemerlang musim ini dengan 17 gol dalam Liga Super,” ujarnya di laman X.

Ad

Dua lagi pemain pasukan kebangsaan yang dilaporkan turut dalam pantauan kelab luar negara ialah duo Sabah FC, Stuart Wilkin dan Dominic Tan.

“Dari Kota Kinabalu ke Bangkok, difahamkan Stuart Wilkin dan Dominic Tan antara pemain Harimau Malaya yang dapar tawaran daripada kelab Thailand,” ujar wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Walau bagaimanapun, masih tiada pengesahan rasmi daripada pihak pemain atau kelab yang dimaksudkan berhubung berita perpindahan ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments