Advertising
3 Perkara Positif Aksi Thailand vs Malaysia
MakanBola
Changsuek

Beberapa aspek positif berjaya ditampilkan pada aksi Thailand vs Malaysia.

Skuad kendalian Pau Marti turun tanpa 4 pemain utama namun berjaya memberikan saingan terbaik sungguhpun tewas tipis kepada skuad Gajah Perang.

Ad

Berikut merupakan tiga aspek positif yang ditampilkan oleh pemain negara sungguhpun beraksi di Rajamangala, Thailand.

Ad

3- Fazrul Amir Beraksi Penuh Yakin

Tonggak sayap Harimau Malaya ini membalas kepercayaan Pau Marti apabila beraksi seakan tiada jantung.

Ad

Pemain berusia 24 tahun itu turun dalam kesebelasan utama dan memberikan masalah besar kepada Nicholas Mickelson.

Ad

Beliau juga memiliki beberapa peluang untuk menyempurnakan penyudah dalam kotak penalti pada babak pertama.

Ad

2-Sistem 3 Pertahanan Pau Marti Menjadi

Turun dengan formasi berbeza berbanding dua aksi awal, pemain Harimau Malaya dilihat berjaya menyerap asakan lawan dengan baik.

Gandingan Declan Lambert, Harith Haiqal dan juga Khuzaimi Piee berjaya mengepung trio serangan Changsuek dengan begitu baik.

1-Pertukaran Babak Kedua Positif

Percaturan untuk melakukan pertukaran pada babak kedua tidak menghilangkan keseimbangan permainan Harimau Malaya.

Kemasukan pemain seperti Daniel Amier, Fergus Tierney dan juga G. Pavithran memberikan dimensi baharu kepada jentera serangan skuad kebangsaan.

Kesimpulan:

Malaysia perlu melakar kemenangan ke atas Singapura untuk melangkah ke pentas separuh akhir