Blog
KV Kortrijk
Advertisements

Tahun 2020 merupakan tahun yang pasti tidak akan dilupakan oleh pemain muda berbakat Negara, Luqman Hakim Shamsuddin apabila terbang ke Belgium untuk bermain bersama KV Kortrijk.

Ketika itu jugalah seluruh peminat bola sepak tanah air meletakkan harapan kepada pemain muda ini untuk menyinar dan mengembangkan bakatnya di benua eropah.

Luqman mengejutkan kita semua walaupun baru sahaja menyertai pasukan utama KV Kortrijk  pada Ogos 2020, beliau diberikan peluang untuk membuat kemunculan pertamanya di Liga Belgium selepas hanya 2 bulan di bumi Belgium iaitu pada Oktober tahun yang sama.

Advertisements

Lebih menarik lagi, debut beliau itu hadir ketika sedang menentang kelab gergasi Belgium, RSC Anderlecht yang mana KV Kortrijk sedang ketinggalan 0-3.

Walaupun tewas 1-3 kepada Anderlecht namun debut beliau dipuji oleh para peminat yang kagum dengan kelajuan dan keyakinan pemain muda ini.

Hari berganti hari, jurulatih pasukan utama KV Kortrijk juga sudah berganti. Kini, Luqman sedang giat membentuk dirinya menjadi seorang pemain profesional dan beliau kini menjadi pemain utama untuk skuad bawah-21 KV Kotrijk yang kini bermain di Pro League Bawah-21.

Advertisements

Selepas 3 perlawanan yang diharungi, pasukan KV Kotrijk Bawah-21 kini menghuni tangga tercorot liga tanpa sebarang mata dan juga tanpa sebarang jaringan.

KV Kotrijk u 21 3 Perlawanan Tanpa Jaringan Dan Mata, Satu Cabaran Besar Buat Luqman Hakim
KV Kortrijk Bawah-21 berada di tangga tercorot selepas 3 perlawanan (Kredit foto: flashscore)

Walaupun Luqman diturunkan dalam kesebelasan utama, namun pasukan ini masih lagi ketandusan gol. Ini merupakan cabaran yang perlu dilalui Luqman untuk menjadi seorang pemain yang lebih baik pada masa akan datang.

Luqman yang baru berusia 19 tahun masih punyai banyak masa untuk meraih kepercayaan dari ketua jurulatih KV Kotrijk yang baru, Luka Elsner. Diharapkan cabaran ini disahut dengan semangat juang yang tinggi dan kita akan dapat lihat anak Malaysia mewarnai liga utama eropah satu hari nanti.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram