3 Perlawanan Tumpul Bersama Persib, Ketajaman David da Silva Dipersoalkan
MakanBola
Persib
Sponsors

Walaupun memulakan karier di Malaysia dengan baik apabila menjaringkan gol dalam debut beliau bersama Terengganu FC, namun nasib David da Silva sedikit berbeza selepas berhijrah ke Persib Bandung di Indonesia.

Beliau sudah turun beraksi 3 perlawanan bersama kelab barunya itu namun sehingga kini masih tiada jaringan mahupun bantuan gol yang berjaya dihasilkan penyerang berbisa dari Brazil itu.

Ad
Sponsors

Walaupun ketandusan jaringan, namun jurulatih Persib Bandung, Robert Alberts percaya bahawa David da Silva akan bangkit dan mencetak gol berterusan di Indonesia.

Ad

“Saya yakin ketika dirinya sudah menemui sentuhannya dalam melakukan penyudah, beliau akan berterusan mencetak gol,” kata Alberts kepada wartawan.

“Beliau sudah menunjukkan kemampuan dan kehebatan beliau sebagai penyerang berbisa di Liga Indonesia. Saya yakin beliau akan menjaringkan gol dalam waktu terdekat,” tambah Alberts.

Ad

Bersama Terengganu FC musim lepas, David da Silva telah menyumbat 7 gol dalam 15 perlawanan untuk saingan Liga Super. Beliau juga menjaringkan gol pada penampilan pertamanya bersama Terengganu ketika membenam UiTM FC 2-1 dalam saingan liga.

Ad

Sebelum bersama Terengganu, David da Silva merupakan penyerang yang sangat digeruni di Indonesia selepas beliau meledak 15 gol dalam 19 penampilan bersama Persebaya di Liga Indonesia untuk musim 2018/2019 dan musim 2019/2020.

Ad