Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Posisi pemain tengah bertahan Harimau Malaya sentiasa menjadi sebutan ekoran fungsi penting dalam mematahkan serangan pihak lawan dan menghubungkan jentera pertahanan dan serangan pasukan.

Berikut merupakan 3 pemain tengah bertahan yang berpotensi untuk memikul tugas Harimau Malaya:

1. Afiq Fazail

Advertisements
Afiq Fazail NS Johor Southern Tigers 3 Pilihan Bintang 'No.6" Pikul Tugas Besar Harimau Malaya

Pemain berusia 28 tahun ini menyerlah dibahagian tengah JDT ketika ini. Malah Afiq Fazail telah melakukan 17 penampilan dan menyumbang 3 bantuan jaringan untuk JDT.

Afiq Fazail turut berada dalan kesebelasan utama JDT sebanyak 8 kali dan memberi persaingan sihat kepada jentera tengah Harimau Selatan.

Aksi keras Afiq Fazail dalam mengawal jentera tengah JDT dan ketepatan hantaran beliau pastinya bakal memperkuatkan lagi jentera tengah Harimau Malaya sekiranya beliau diberikan peluang untuk beraksi.

Advertisements

2. Hong Wan

Hong Wan kini merupakan pemain utama JDT dan telah diturunkan dalam 25 perlawanan setakat ini dan berjaya menjaringkan 1 gol buat pasukan.

Bekas pemain junior Wolverhampton ini berupaya melakukan hantaran-hantaran berkualiti tinggi kepada bahagian serangan pasukan dan turut mampu melakukan percubaan jarak jauh.

Advertisements

Malah Hong Wan turut dipanggil ke kem kebangsaan untuk aksi persahabatan yang lalu namun terpaksa dipinggirkan ekoran masalah kecederaan.

Hong Wan kini menanti debut pertamanya bersama Harimau Malaya dan aksi cemerlang beliau ketika ini memberi peluang cerah untuk Hong Wan menyarung jersi Malaysia.

3. Nooa Laine

Advertisements

Pemain muda berusia 20 tahun ini menyinar dibahagian tengah sewaktu kejohanan Kelayakan Piala Asia 2023 yang lalu bersama skuad bawah 23 tahun.

Nooa Laine kini beraksi di liga Finland untuk kelab Seinäjoen Jalkapallokerho dan bermain sebagai pemain tengah bertahan.

Nooa Laine telahpun menyarung jersi senior Harimau Malaya sebanyak 3 kali dan beliau telah merekodkan 1 bantuan jaringan ketika aksi bertemu Papue New Guinea tempoh hari.

Visi dan pemerhatian keadaan sekeliling pemain ini dibahagian tengah padang amat baik dan kemampuan beliau melakukan hantaran jauh bakal memberikan kelebihan buat Harimau Malaya kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram