3 Posisi Malaysia Jadi Tumpuan Menentang Thailand

Malaysia B 23 Piala Asia B 23 FA Malaysia 2 3 Posisi Malaysia Jadi Tumpuan Menentang Thailand
Nik Faris @nikfalovic
5:06pm 12/09/2023

Aksi terakhir Kumpulan H bagi Kelayakan Piala Asia B-23 tertumpu kepada pertembungan Malaysia dan Thailand bagi mengesahkan tempat ke Piala Asia.

Percaturan ampuh E. Elavarasan sekali lagi ditagih setelah membantu Malaysia mencatatkan kemenangan berdepan Bangladesh dan Filipina.

Aksi ini tertumpu kepada beberapa posisi yang bakal menentukan hala tuju pasukan berdepan pemenangan tempat ke-3 Piala AFF U23, Thailand.

1.Penjaga Gol

Malaysia memiliki 3 penjaga gol berbakat besar iaitu Rahadiazli, Azim Al-Amin dan Sikh Izhan.

Pada dua perlawanan awal, Elavarasan telah menurunkan Rahadiazli dan Azim Al-Amin.

Aksi getir ini bakal menyaksikan sama ada penjaga gol Negeri Sembilan, Sikh Izhan bakal diberi tanggungjawab atau kekal dengan penjaga gawang yang sudah beraksi sebelum ini.

2. Perancang Tengah

Posisi penting bagi aksi ini sudah pasti terarah kepada pemain tengah selepas Malaysia U23 memiliki beberapa profil seperti Aiman Afif, Syahir Bashah, Najmuddin Akmal, Nooa Laine dan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal.

Posisi no.6 dilihat sudah pasti menjadi miliki Nooa Laine, percaturan pemain tengah amat penting untuk menjadi nadi kepada perjalanan pasukan malam ini.

Antara pemain yang dijangka kekal dalam kesebelasan utama pasukan ialah Mukhairi Ajmal dan juga Syahir Bashah.

3. Penyerang

Barisan serangan Malaysia sudah meledak 6 gol dalam dua aksi terawal kumpulan.

Nama-nama seperti Luqman Hakim, Fergus Tierney, Alif Ikmalrizal, Saravanan dan Aliff Izwan bakal jadi rebutan untuk mendapatkan tempat.

Walau bagaimanapun, Elavarasan lebih berminat untuk meletakkan trio Fergus Tierney, Luqman Hakim dan Saravanan dalam kesebelasan utama pasukan.

Kesimpulan:

Aksi Malaysia & Thailand amat penting bagi menyalakan harapan skuad muda negara ke Piala Asia tahun hadapan.