3 Tonggak Vietnam Dipanggil Hadapi Manchester United
MakanBola
Cong An Ha Noi FC
Sponsors

Tiga tonggak Vietnam dipanggil menyertai skuad ASEAN All-Stars menjelang aksi persahabatan menentang Manchester United.

Tiga tonggak tersebut ialah Nguyen Quang Hai, Nguyen Hoang Duc dan Do Duy Manh. Nama ketiga-tiga pemain ini diumumkan Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

Ad

“Trio pemain kebangsaan Vietnam iaitu Nguyen Hoang Duc (Phu Dong Ninh Binh), Nguyen Quang Hai (Cong An Ha Noi FC (CAHN FC)) and Do Duy Manh (Hanoi FC) secara rasmi dipilih oleh AFF untuk skuad ASEAN All-Stars.

Ad

“Skuad ini bakal menyertai perlawanan persahabatan istimewa dengan Manchester United yang berlangsung pada 28 Mei 2025 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Malaysia,” kata VFF dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, nama pengendali Vietnam, Kim Sang-sik turut dipilih sebagai jurulatih ASEAN All-Stars untuk aksi menentang The Red Devils.

Ad

Tiga pemain ini bukan asing buat Sang-sik. Ini kerana Hoang Duc, Quang Hai dan Duy Manh merupakan sebahagian daripada skuad Vietnam yang bergelar juara ASEAN Championship 2024.

Ad

Aksi persahabatan menentang ASEAN All-Stars merupakan sebahagian daripada aksi jelajah pasca-musim United di Asia.

Ad

Selain Malaysia, anak buah Ruben Amorim juga bakal mengadakan aksi persahabatan dengan skuad kebangsaan Hong Kong pada 30 Mei.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments