Advertisements
3 Wakil ASEAN Ke Piala Asia B-17
Asia
MakanBola
FA Thailand

Thailand, Vietnam dan Indonesia bakal membawa cabaran ASEAN dalam saingan Piala Asia Bawah 17 Tahun (B-17) 2025.

Ini selepas ketiga-tiga negara itu berjaya melepasi cabaran peringkat kumpulan kelayakan masing-masing.

Thailand layak selaku juara Kumpulan D. Manakala Indonesia dan Vietnam masing-masing layak selaku naib juara Kumpulan G dan I.

Thailand mengatasi cabaran India 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan D pada 27 Oktober lalu. Siwakorn Ponsan dan Chaiwat Ngernma menyumbat gol buat Thailand.

Menariknya, pasukan yang dibimbing Jadet Meelarp itu turut menerima bonus kemenangan sebanyak 900,000 baht (RM116,000). Bonus tersebut dianugerahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam sebagai ganjaran kerana meraih tiga kemenangan dalam Kumpulan D.

Sementara Indonesia pula muncul naib juara Kumpulan G selepas mengikat Australia tanpa sebarang jaringan dalam aksi terakhir kumpulan.

Dua kemenangan dan satu keputusan seri yang diraih anak buah sudah cukup untuk membawa Garuda Muda beraksi di Arab Saudi pada tahun hadapan.

Vietnam turut kekal tanpa kalah sepanjang aksi Kumpulan I. Dua keputusan seri dan satu kemenangan membantu mereka bergelar naib juara di belakang wakil Asia Barat, Yaman.

Manakala Malaysia pula terpaksa melupakan hasrat mengulangi kejayaan layak ke kejohanan itu pada 2023. Ini selepas anak buah Javier Jorda Ribera hanya mengutip satu mata dalam Kumpulan H.

Skuad muda negara diikat 2-2 oleh Laos dalam aksi terakhir kumpulan. Sebelum itu, Malaysia tewas 2-0 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).