Advertising
4 Calon Hangat Potensi Ketua Jurulatih Baharu Harimau Malaya
MakanBola
THFC/AFC/FCT

4 calon hangat serata Asia dan Eropah berpotensi untuk menjadi pengendali baharu Harimau Malaya.

Malaysia memiliki tugas getir untuk menempah tiket ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi selepas diundi menentang Vietnam, Nepal dan Laos.

Berikur merupakan 4 calon yang berpotensi mengendalikan Harimau Malaya.

Ad

4- Harry Kewell

Ad

Jurulatih berusia 46 tahun ini antara potensi pengendali baharu Harimau Malaya.

Beliau kini bergelar ejen bebas selepas meninggalkan Yokohama F. Marinos pada Julai lalu selain memiliki pengalaman yang luas.

Ad
Ad

Bekas pemain Liverpool dan Leeds ini pernah mengendalikan pasukan seperti Watford B-23, Oldham Athletic, Celtic dan juga Yokohama FM.

Ad

Kewell bagaimanapun hanya bertahan dalam tempoh singkat pada setiap kelab yang dikendalikannya sejak 9 tahun lalu.

3-Kevin Muscat

Jurulatih berpengalaman Asia berusia 51 tahun ini kini merupakan pengendali Shanghai Port di Chinese Super League.

Beliau memiliki reputasi hebat di Asia selepas pernah mengemudi Australia sebagai pembantu, Sint-Truiden, Yokohama FM (2021-2023) dan juga Shanghai Port sejak tahun lalu.

Kevin terkenal dengan kemampuannya untuk menghadiahkan kejuaraan kepada kelab dan terbaru membantu Shanghai Port muncul juara liga dan juga Chinese FA Cup.

2-Peter Cklamovski

Pengendali FC Tokyo ini juga antara salah seorang calon berpotensi besar untuk mengendalikan Harimau Malaya.

Baru berusia 46 tahun, beliau memiliki profil yang tidak kurang hebatnya apabila pernah mengendalikan pasukan kebangsaan Australia (2014-2017), Yokohama FM (2018-2020) dan terbaru FC Tokyo namun sudah mengumumkan perpisahan dengan kelabnya.

Peter bagaimanapun tidak memiliki rekod atau pencapaian trofi yang memberangsangkan sepanjang karier kejurulatihannya.

1-Ange Postecoglu

Pegendali Tottenham Hotspurs di EPL itu antara calon terbaik untuk mengisi kekosongan jurulatih Malaysia.

Berusia 59 tahun, Ange merupakan seorang jurulatih yang gah di Asia selain pernah menjadi pengendali Australia, Yokohama FM dan juga Celtic.

Beliau memenangi 5 trofi bersama Celtic, muncul juara di Jepun bersama Yokohama FM dan membantu Australia muncul juara Piala Asia 2015.

Kesimpulan:

Ujian terbesar skuad negara adalah pada aksi Kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal bermula Mac tahun hadapan dengan hanya juara kumpulan bakal layak ke Arab Saudi.