4 Kejohanan Besar Bakal Hangatkan Bola Sepak Asia
Asia Tenggara
AFF
Advertisements

Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) mengumumkan empat kejohanan besar Asia Tenggara bakal diletakkan di bawah satu platform digital tunggal iaitu ASEAN United FC.

Usaha ini terhasil menerusi kerjasama yang terjalin antara AFF dan rakan komersial eksklusif SPORTFIVE.

ASEAN United FC bakal meliputi empat kejohanan utama rantau Asia Tenggara iaitu ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024, ASEAN Club Championship atau nama komersialnya Shopee Cup, ASEAN Women’s Championship dan ASEAN U-23 Championship.

Advertisements

Menerusi platform ini, peminat bola sepak ASEAN boleh mengakses maklumat seperti berita, laporan dan jadual perlawanan, statistik, video eksklusif dan siaran langsung.

Platform ASEAN United FC turut memasukkan elemen komuniti di mana peminat sentiasa berhubung untuk sepanjang tahun.

Advertisements

Presiden AFF, Mejar Jeneral Khiev Sameth menyifatkan platform ini bakal membantu usaha menaikkan lagi tarikan komersial kejohanan ASEAN ke tahap berbeza.

“Kami telah bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami SPORTFIVE untuk membina rumah digital untuk bola sepak ASEAN yang diterajui oleh empat acara utama kami – ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024, ASEAN Club Championship/Shopee Cup, ASEAN Women’s Championship dan ASEAN U-23 Championship.

Advertisements

“Saluran sosial ASEAN United FC baharu akan menawarkan kandungan susun atur yang tulen dan menarik untuk meningkatkan keseluruhan pengalaman peminat dan penglibatan sepanjang tahun dengan bola sepak ASEAN.

ASEAN United FC turut menawarkan peluang untuk peminat dan pengikut yang cintakan bola sepak ASEAN untuk bersatu dan berinteraksi antara satu sama lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Shopee Cup bakal membuka tirainya pada 17 Julai ini dan berlangsung sehingga 21 Mei 2025. Manakala ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 pula berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember 2024.

Sementara tarikh penganjuran ASEAN Women’s Championship dan ASEAN U-23 Championship pula masih tidak diketahui.

Peminat bola sepak boleh melayari laman sesawang ASEAN United FC menerusi pautan di bawah bagi mengetahui info terkini empat kejohanan yang dinyatakan.

Klik Di Sini: Laman Sesawang ASEAN United FC

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram