4 Kelebihan Wan Kuzain Dari Kaca Mata Penganalisis
Harimau Malaya
Wan Kuzain
Advertisements

Pemain Malaysia yang beraksi di Amerika Syarikat, Wan Kuzain Wan Kamal dikatakan semakin hampir menyarung jersi Harimau Malaya. Namun begitu para penyokong pasti tertanya-tanya apakah kelebihan yang dimiliki beliau?

Penganalisis bola sepak yang juga merupakan seorang jurulatih, Shaiful Shazwan berjaya mengesan beberapa kelebihan yang dimiliki pemain kelahiran Carbondale, Ilionis ini.

Kuzain merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi dan sejak kebelakangan ini beliau sering diletakkan di posisi sayap kanan.

Advertisements

“Merujuk kepada laporan data daripada Wyscout, Wan Kuzain kerap memulakan permainan di posisi sayap kanan, iaitu posisi yang kebiasannya dimainkan oleh Mr MVP, Arif Aiman dalam pasukan Harimau Malaya.

“Meskipun kedua-dua pemain ini bermain di posisi sama, namun kehadiran Wan Kuzain dilihat berpotensi untuk membawa elemen dinamik buat corak serangan pasukan negara.

“Faktor ini didorong oleh kekuatan kaki dominan Wan Kuzain iaitu kaki kiri yang mempengaruhi gaya permainan beliau ketika pasukan sedang memperoleh penguasaan bola,” coret Shaiful di laman Facebook.

Advertisements

Shaiful berkata Kuzain mempunyai beberapa kelebihan yang mampu memberikan variasi taktikal kepada pasukan kebangsaan seandainya dipanggil.

“Wan Kuzain gemar melakukan ‘inverting’ bagi membolehkan dirinya untuk berada di kedudukan half-space. Menyerang pemain lawan secara direct dengan menggunakan kaki dominan (kaki kiri), serta melancarkan hantaran lintang merbahaya, terutamanya menerusi gerakan ‘cut-back’ menggunakan kaki dominannya.

“Menarik pemain pertahanan lawan bersamanya setiap kali beliau melakukan gelecekan secara diagonal,seiring dengan peranan ‘inverting’ yang gemar dilakukannya, serta membuka ruang yang ditinggalkan oleh pemain lawan tersebut untuk dieksploitasi oleh pemain ‘Fullbacks’ pasukan.

Advertisements

“Bayangkan jika Matthew Davies memperoleh lorong larian sebegini, sudah tentu ianya akan membawa nilai tambah buat pasukan kebangsaan,” jelas Shaiful lagi.

Sebelum menyertai Saint Louis City 2, Wan Kuzain kerap kali diletakkan di posisi tengah dan juga tengah bertahan bersama bekas kelabnya, RGV Toros.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram