4 Pemain Jordan ‘Risik’ Kekuatan Malaysia Di Liga Super
Asia
Selangor FC
Advertisements

Undian Piala Asia AFC 2023 sudah pun memaparkan keputusannya apabila Malaysia diundi bersama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.

Anak didik Kim Pan-gon memiliki peluang terbaik apabila memperoleh lawan yang hampir setara sungguhpun terpaksa menelan hakikat berdepan gergasi bola sepak Asia, Korea Selatan.

Namun begitu, tumpuan terarah kepada Jordan tatkala beberapa orang bintang skuad kebangsaannya sudah pun memiliki pengetahuan tentang corak permainan di Malaysia.

Advertisements
  1. Baha’ Abdel Rahman

Pemain berpengalaman Jordan ini merupakan antara tunjang utama buat skuad kebangsaan mereka.

Berusia 36 tahun, beliau pernah menyarung jersi Selangor pada tahun 2022 namun tidak dapat memenuhi jangkaan yang diharapkan oleh peminat The Red Giants.

Kontrak beliau tidak disambung pada musim ini namun kudrat kapten Jordan ini dijangka akan terus menjadi pertaruhan pasukan di pentas Piala Asia sungguhpun terlepas panggil terakhir skuad Jordan.

Advertisements

2. Yazan Al-Arab

Pertahanan tinggi lampai berusia 25 tahun ini sudah pun memasuki tahun kedua bersama Selangor ini.

Beliau dilihat dapat segera menyesuaikan diri dengan rentak permainan di Liga Super termasuklah membantu Selangor mara ke pentas akhir Piala Malaysia.

Advertisements

Kini, Yazan terus menjadi sandaran ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe untuk mengemudi benteng pertahanan Selangor sungguhpun dibelenggu beberapa siri kecederaan.

3. Mahmoud Al-Mardi

Bekas bintang Kedah Darul Aman ini merupakan salah seorang bintang Jordan yang beraksi secara kerap bersama pasukan kebangsaan.

Advertisements

Beliau berada dalam senarai skuad Al-Nishas ketika aksi persahabatan bertemu Sepanyol tempoh hari.

Ketika ini, pemain berusia 29 tahun itu beraksi bersama pasukan Qadsia di Kuwait dan menjadi tunjang utama pasukan di sana.

4. Noor Al-Rawabdeh

Pemain berusia 26 tahun ini sedang menikmati musim cemerlang di Selangor bersama gandingannya tengahnya iaitu Brendan Gan dan Mukhairi Ajmal.

Beliau terus menjadi pilihan utama Cheng Hoe untuk membawa cabaran Selangor yang kini bersaing untuk merebut kejuaraan Liga Super.

Beliau juga menjadi nadi buat jentera tengah Jordan dan sudah pun beraksi dalam beberapa perlawanan di peringkat kebangsaan.

Piala Asia akan bermula pada 12 Januari 2024 di Qatar dengan Korea Selatan, Jordan dan Bahrain menjadi lawan Malaysia untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati kejohanan berprestij tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram