4 pemain warisan dilaporkan berada dalam senarai menunggu Harimau Malaya.
Skuad kendalian Pau Marti Vicente mempamerkan persembahan gah apabila menundukkan Lubnan untuk muncul juara Pestabola Merdeka 2024.
Kehadiran beberapa pemain warisan baharu mula menjadi buah mulut rakyat Malaysia selepas pemain Go Ahead Eagles, Mats Deijl menyatakan kesediaan untuk mewakili negara.
Proses dokumentasi sudah selesai dan beliau difahamkan hanya menunggu ‘lampu hijau’ untuk beraksi buat pasukan kebangsaan.
Tiga lagi pemain kacukan dilaporkan sedang menjalani perbincangan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) termasuklah duo Burnley, Josh Brownhil, Zien Flemming serta pemain Belanda, Ferdy Druijf.
Beberapa laporan memaklumkan bahawa tiga pemain ini masih dalam fasa rundingan bagi membolehkan tonik tambahan ini membantu untuk memberikan kualiti tambahan buat Malaysia.
Setakat ini, masih tiada pengumuman muktamad mengenai mana-mana pemain yang sudah dibolehkan beraksi buat skuad negara sama ada dari pihak pemain mahupun persatuan.
Malaysia akan mengharungi dua aksi persahabatan bulan Oktober dengan salah satu lawan menanti ialah New Zealand.