4 Pemain Malaysia Di Luar Negara Beri Khabar Gembira
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Empat pemain Malaysia yang berkelana dan beraksi di luar negara memberikan khabar gembira buat rakyat Malaysia dan jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.

Empat pemain yang dimaksudkan ialah Dion Cools, Hector Hevel, Jon Irazabal dan juga pemain muda yang beraksi di England, Richard Chin.

Ad

Umum mengetahui bahawa Cklamovski mahukan pemain yang mempunyai minit permainan mencukupi bagi menyarung jersi skuad kebangsaan selepas ini.

Ad

Dion Cools

Pemain yang mampu beraksi di bahagian pertahanan kanan dan pertahanan tengah ini menjadi nadi utama kelab Thailand, Buriram United FC.

Ad

Hingga setakat ini, Cools sudah mengumpul 42 penampilan bersama Buriram sepanjang musim 2024/2025 membuktikan beliau merupakan pilihan utama kelab gergasi Thailand itu di bahagian pertahanan kanan.

Ad

Daripada 42 penampilan, Cools telah merekodkan 3 gol selain dalam masa yang sama turut menyumbang 8 bantuan gol.

Ad

Hector Hevel

Pemain tengah yang baru sahaja merasai debut bersama skuad kebangsaan Malaysia sedang mempamerkan kemampuan beliau bersama Portimonense SC di Liga Portugal.

Tonggak berusia 28 tahun ini baru sahaja menyertai Portimonense pada Februari yang lalu dan menjadi pemain utama buat kelabnya.

Hingga setakat ini, Hevel sudah merekodkan 7 penampilan selain menyumbang dua bantuan gol buat Portimonense yang beraksi dalam saingan divisyen kedua Portugal.

Jon Irazabal

Pertahanan tengah kelab Azerbaijan, Sabah FK ini belum lagi mendapatkan debut bersama skuad kebangsaan namun kelibatnya dijangka bakal kelihatan untuk panggilan Harimau Malaya selepas ini.

Irazabal merupakan tonggak utama Sabah yang beraksi untuk kasta tertinggi dalam piramid bola sepak profesional Azerbaijan.

Setakat ini, Irazabal sudah merekodkan 31 penampilan bersama Sabah bagi musim 2024/2025. Pemain berusia 28 tahun itu turut meledak satu gol selain satu bantuan jaringan berjaya dihasilkan.

Richard Chin

Biarpun sudah begitu lama dikaitkan bersama skuad kebangsaan Malaysia, namun nama Richard Chin masih belum ‘melekat’ dalam panggilan bersama Harimau Malaya.

Baru berusia 22 tahun, Richard Chin merupakan tonggak utama kelab Farnborough yang beraksi dalam saingan National League South iaitu Liga Divisyen Keenam di England.

Hingga setakat ini, Richard sudah merekokan 37 penampilan bersama Farnborough musim ini. Beliau cemerlang dengan meledak 6 gol selain 6 bantuan gol turut dihasilkan.

Mampu beraksi di pelbagai posisi seperti pertahanan kanan dan kiri serta di bahagian sayap, kehadiran Richard ke dalam skuad kebangsaan sudah pasti menambah pilihan buat Peter Cklamovski dalam membentuk skuad Malaysia yang lebih mantap.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments