Advertising
41 Kelab China Selesai Tunggakan Gaji
Asia
MakanBola
Shanghai Port

41 kelab China telah berjaya menyelesaikan tunggakan gaji mereka.

Akhbar Global Times melaporkan penyelesaian tersebut antara syarat yang perlu dipenuhi kelab-kelab kepada Persatuan Bola Sepak China (CFA) untuk mendapatkan lesen musim 2025.

Ad

Syarat tersebut dikenakan bagi memastikan kelab-kelab tidak dibelenggu isu hutang apabila saingan musim 2025. Ini kerana jika itu berlaku, itu sudah pasti akan menjejaskan operasi mereka.

Ad

Kelab-kelab perlu memastikan mereka tidak berdepan isu tunggakan gaji bagi tempoh antara 1 November 2023 hingga 31 Oktober 2024.

Pembayaran gaji untuk bulan November dan Disember 2024 pula akan dibawa ke tempoh pembayaran gaji seterusnya untuk permohonan lesen musim berikutnya.

Ad

Selain tunggakan gaji, CFA turut mengingatkan kelab-kelab untuk melangsaikan hutang mereka. Seandainya perkara itu tidak berlaku, lesen tidak akan diberi kepada kelab yang gagal berbuat demikian.

Ad

Setakat ini, 41 kelab berada dalam senarai CFA yang sudah selesai membayar hutang termasuk tunggakan gaji. Senarai itu disiarkan di platform media sosial CFA baru-baru ini.

Ad

Orang awam yang mahu memfailkan bantahan terhadap senarai tersebut boleh berbuat demikian pada 24 Disember ini.

Sebaik senarai tersebut disiarkan, beberapa pemain bola sepak meluahkan rasa tidak puas hati terhadap senarai berkenaan. Antara pemain yang berbuat demikian ialah pemain sayap China, Wei Shihao.

China Sports Vision 2050 melaporkan Shihao merasa pelik mengapa bekas kelabnya, Guangzhou FC boleh berada dalam senarai tersebut. Ini kerana kelab tersebut sentiasa berdepan masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji.

CFA bakal mengemas kini senarai terbaru kelab yang melunaskan tunggakan mereka dari semasa ke semasa. Ketika ini, terdapat 78 kelab bola sepak yang wujud dalam saingan liga profesional China.