5 Bintang Bakal Jadi Tumpuan Aksi Malaysia vs Nepal
MakanBola
Malaysia NT
Sponsors

Aksi Malaysia vs Nepal bakal dihangatkan lagi dengan kelibat 5 pemain tumpuan ini.

Saingan Kelayakan Piala Asia 2027 bakal membuka tirai pada 25 Mac dengan skuad Harimau Malaya yang berada di dalam kumpulan F dijadualkan menentang Nepal dalam perlawanan pertama.

Ad

Kedua-dua pasukan ketika ini mengalami perubahan barisan kejurulatihan dengan skuad kebangsaan dikemudi oleh Peter Cklamovski manakala pasukan Nepal pula membawa masuk Matt Rose.

Ad

Di sebalik keterujaan peminat bagi aksi ini, terdapat 5 pemain bakal menjadi tumpuan penyokong Malaysia dan juga Nepal.

1- Dion Cools

Ad

Kelibat Cools bakal menjadi perhatian ramai pada aksi kali ini oleh kerana ramai peminat teruja untuk melihat posisi apakah yang bakal diisi oleh pemain ini sama ada pertahanan tengah seperti sebelum ini atau di bek kanan.

Ad

Statistik 3 gol dan 8 assists ketika beraksi di bek kanan untuk Buriram United pada musim ini buatkan peminat mahu Cools diletakkan di posisi itu berbanding selaku pertahanan tengah ketika dibimbing Kim Pan-gon.

Ad

2- Faisal Halim

Setelah hampir setahun terlepas aksi bersama skuad negara, nama Faisal Halim kembali dipanggil Peter Cklamovski untuk tugasan kali ini sekaligus membuatkan peminat menanti aksi lincah pemain ini.

Faisal juga dilihat sudah mula mendapatkan sentuhan apabila berhasil meledak hatrik bersama Selangor dalam saingan liga dua minggu lalu dan pasti menjadi salah satu pilihan di posisi sayap kiri negara.

3- Hector Hevel

Aksi Harimau Malaya kali ini diserikan dengan kehadiran dua pemain kacukan baharu iaitu Hector Hevel dan juga Gabriel Palmero yang masing-masing dipanggil untuk memperkuat posisi tengah dan bek kiri.

Kelibat Hevel antara yang bakal mencuri tumpuan penyokong oleh kerana tonggak Portimonense ini miliki pengalaman luas beraksi di Eropah dan bakal menjadi satu nilai tambah untuk pelan Peter Cklamovski.

4- Rohit Chand

Jentera tengah Nepal dijangka bakal dikemudi oleh tonggak penuh pengalaman, Rohit Chand yang kini menyarung jersi kelab Indonesia bahkan pernah bersama T-Team pada 2016 yang lalu.

Aksi Rohit ketika membantu Nepal menumpaskan Singapura tempoh hari wajar diberikan pujian apabila beraksi penuh 90 minit dan skuad kebangsaan perlu mencari solusi agar dapat mengekang gerakan beliau.

5- Gillespye Jung Karki

Satu nama penyerang Nepal yang perlu diberi perhatian oleh benteng Harimau Malaya pastinya Gillespye Jung Karki yang dinilai senjata utama bagi jentera serangan The Gorkhalis ini di bawah kendalian Matt Rose.

Jika dilihat, Jung Karki sangat bijak mencari ruang di dalam kotak penalti lawan dan menghidu peluang yang direncana oleh rakan sepasukan seperti mana jaringan ketika bertemu Singapura.

Aksi Malaysia vs Nepal akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim pada 25 Mac dengan sepak mula dijadualkan pada jam 10 malam ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments