5 Calon Harimau Malaya Serikan Skuad ASEAN All-Stars vs Manchester United
MakanBola
Malaysia NT/ Manchester United
Sponsors

5 calon berpotensi untuk menyerikan skuad ASEAN All-Stars menjelang pertemuan dengan gergasi Eropah, Manchester United.

Skuad ASEAN All-Stars akan dikendalikan oleh jurulatih Vietnam, Kim Sang-sik menentang The Red Devils pada 28 Mac ini.

Ad

Terdapat sekurang-kurangnya 5 calon pemain terbaik Harimau Malaya yang berpotensi untuk dipanggil menyertai barisan pemain terbaik di Asia Tenggara.

Ad

Hal ini selepas beberapa negara telah mengumumkan barisan pemain seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Brunei dan juga Timor Leste.

Pemain pertama yang berpotensi untuk menyertai skuad Sang-sik ialah penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi.

Ad

Pemain berusia 29 tahun itu cemerlang mengemudi gawang gol skuad kebangsaan dan juga kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT) selain tampil cemerlang pada aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal, 25 Mac lalu.

Ad

Terdapat juga calon lain yang menyerlah seperti penjaga gol utama Perak FC, Haziq Nadzli.

Ad

Beliau menjadi pilihan utama ketika Harimau Malaya beraksi di ASEAN Championship 2024 di bawah kendalian Pau Marti Vicente.

Posisi pertahanan pula menyaksikan calon terbaik untuk menggalas tugas tersebut ialah bintang Sabah FC, Dominic Tan.

Tonggak berusia 28 tahun itu beraksi dalam hampir kesemua perlawanan pada peringkat kelab selain turut diturunkan dalam kesebelasan utama Malaysia vs Nepal.

Dua orang perancang tengah dijangka mewarnai skuad bintang ASEAN kali ini iaitu pemain Ho Chi Minh City, Endrick Dos Santos dan juga pemain Selangor FC, Nooa Laine.

Dua pemain ini menjadi pilihan utama ketua jurulatih kebangsaan, Peter Cklamovski pada aksi pertama tempoh hari dan membentuk gandingan yang cukup mantap.

Pemain bahagian serangan yang dijangka mampu untuk membentuk gandingan mantap bersama Quang Hai (Vietnam), Joao Pedro (Timor Leste) dan Maung Maung Lwin (Myanmar) ialah pemain Sri Pahang FC, Sergio Aguero.

Bintang Harimau Malaya berusia 30 tahun itu menjadi pemain serangan paling konsisten bersama Tok Gajah dan juga ketika membantu kempen Harimau Malaya di ASEAN Championship.

Terdapat beberapa pemain lain yang turut berpotensi untuk beraksi buat ASEAN All-Stars di Bukit Jalil termasuklah Shahrul Saad, Corbin-Ong, Faisal Halim, Afiq Fazail, Paulo Josue dan juga Romel Morales.

Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi berkenaan pemain yang bakal dipanggil bagi aksi tersebut oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments