Advertising
5 Kenangan Manis Harimau Malaya 2024 Dalam Ingatan Penyokong
MakanBola
FF/MakanBola

5 kenangan manis Harimau Malaya masih terpahat dalam minda dan sanubari penyokong setia.

Pelbagai kisah suka dan duka mewarnai perjalanan pasukan kebangsaan yang bakal menutup tirai tahun 2024.

Berikut merupakan imbasan semula segala kisah manis pasukan negara yang bakal memasuki era baharu tahun hadapan.

Ad

5-Beraksi Di Piala Asia Qatar 2023

Ad

Harimau Malaya berjaya menempah tiket ke pentas Piala Asia 2023 secara merit selepas 43 tahun.

Skuad kendalian Kim Pan-gon berjuang hebat namun akur apabila hanya memungut satu mata daripada 3 perlawanan yang diharungi.

Ad
Ad

Malaysia tunduk 4-0 di tangan Jordan pada aksi pembukaan sebelum tewas tipis 1-0 kepada Bahrain sambil mencuri satu mata menentang Korea Selatan.

Ad

4-Wajah Baharu Pasukan Kebangsaan

Tahun 2024 menyaksikan beberapa muka baharu mewarnai kem Harimau Malaya bermula dengan kemunculan penyerang naturalisasi negara, Romel Morales di Piala Asia 2023.

Skuad kebangsaan juga memberi peluang kepada beberapa pemain baharu seperti Azri Ghani, Safwan Mazlan, Harith Haiqal, Fazrul Amir, G. Pavithran dan beberapa nama lain untuk melakukan debut.

Lebih ramai pemain muda yang beraksi bersama skuad Malaysia B-23 dipanggil untuk membantu cabaran Harimau Malaya tahun ini.

3-Berakhir Era Kim Pan-gon & Permulaan Pau Marti

Keputusan pengendali kelahiran Korea Selatan, Kim Pan-gon yang sudah bersama pasukan sejak tahun 2022 memilih untuk membawa haluan baharu.

Jurulatih berusia 56 tahun itu menyertai kelab gergasi Korea, Ulsan HD sekali gus menyaksikan posisinya diambil alih oleh pembantu, Pau Marti Vicente.

Jurulatih muda kelahiran Barcelona itu menamatkan tugasannya ketika Harimau Malaya terkandas pada peringkat kumpulan ASEAN Championship.

1- Korea Selatan 3-3 Malaysia

Kejayaan paling manis Malaysia adalah ketika merakamkan keputusan seri 3-3 menentang pasukan ke-23 dunia, Korea Selatan.

Skuad kebangsaan turun dengan barisan terbaik berjaya bangkit daripada ketinggalan untuk mendahului Taeguk Warriors hasil ledakan Faisal Halim dan Arif Aiman.

Jaringan saat akhir Romel Morales pada masa kecederaan menggegarkan Stadium Al-Janoub sekaligus mengesahkan Harimau Malaya berjaya mengikat jaguh Asia itu pada aksi terakhir kumpulan.

Kesimpulan:

Tahun 2025 bakal menjadi lembaran baharu buat Malaysia apabila pengendali, Peter Cklamovski dilantik untuk mengemudi skuad kebangsaan.

Beberapa posisi penting seperti Pengarah Sukan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bakal diperkenalkan untuk memacu revolusi baharu Harimau Malaya sentuhan DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor.