Advertisement
5 Pasukan Handalan Bakal Uji Skuad Muda Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) bakal berdepan lima perlawanan persahabatan sebagai persiapan untuk Piala Asia B-23 2024.

Lima perlawanan tersebut ialah India pada 22 dan 25 Mac, China (3 April) dan Qatar (6 atau 7 April).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengatur satu lagi aksi persahabatan dengan satu pasukan pada 10 atau 11 April ini.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut bergantung kepada persetujuan pasukan yang bakal menjadi lawan pada tarikh tersebut.

Skuad B-23 negara yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Juan Torres Garrido bakal berkumpul untuk kem latihan pada 17 Mac ini.

Ini disusuli dua perlawanan menentang India pada dua tarikh yang dinyatakan. Bagaimanapun, stadium yang bakal menjadi tuan rumah kepada dua aksi tersebut masih belum diputuskan.

FAM sedang menilai sama ada mengadakan dua aksi persahabatan itu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium UiTM atau UM Arena.

FAM turut memaklumkan dua aksi persahabatan Harimau Muda menentang India pada 22 dan 25 Mac ini sebagai perlawanan persahabatan tertutup.

Selepas dua aksi persahabatan itu, skuad B-23 negara bakal bertolak ke Qatar pada 1 April ini. Malaysia berada dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait untuk kempen Piala Asia B-23.

Piala Asia B-23 2024 bakal membuka tirainya pada 15 April ini.