5 Pemain Luar Negara Hampiri Harimau Malaya
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

5 pemain luar negara dijangka menghampiri Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Asia 2027.

Skuad kendalian Peter Cklamovski bakal memulakan aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 menentang pasukan ke-175 dunia, Nepal.

Ad

Perlawanan penting di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan tugasan pertama pengendali kelahiran Australia itu bersama pasukan kebangsaan.

Ad

Baru-baru ini, senarai 27 orang pemain Harimau Malaya menyaksikan dua pemain tunjang di luar negara iaitu Dion Cools (Buriram United) dan juga Endrick Dos Santos (Ho Chi Minh City) dipanggil.

Bukan itu sahaja, Peter telah mengesahkan bahawa terdapat usaha untuk mendapatkan khidmat pemain warisan ke dalam skuadnya.

Ad

“Proses untuk memuktamadkan pemain warisan kini pada fasa akhir. Berita positif akan dapat kita dengar pada minggu depan berkenaan dengan beberapa pemain warisan.

Ad

“Pemain warisan juga merupakan pemain Malaysia, yang membawa nama negara di atas padang. Saya di sini memilih pemain yang bersemangat, bangga dan komited untuk membawa nama Malaysia.

Ad

“Pemain-pemain warisan baharu ini sedang pada peringkat dokumentasi terakhir untuk mendapat kelulusan kerajaan. Proses itu bakal dibuat setibanya nanti pemain berkenaan di tanah air,” ujar Peter kepada Malaysia NT.

DYAM Tunku Mahkota Ismail baru-baru ini juga telah mengesahkan kehadiran tonggak warisan pertama pada era revolusi Harimau Malaya ini iaitu perancang tengah Portimonense, Hector Hevel.

Dua lagi pemain dijangka membarisi skuad kebangsaan pada kem latihan pusat sebelum aksi pembukaan kumpulan.

Malaysia kini dalam misi untuk muncul juara Kumpulan F sekali gua menempah tiket ke pentas Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments