Seramai 5 orang pemain dari Malaysia semakin hampir sah mewakili ASEAN All-Stars pada aksi persahabatan bertemu Manchester United.
Sebelum ini, 3 pemain kebangsaan terdiri daripada Dominic Tan, Haziq Nadzli serta Sergio Aguero diumumkan menjadi wakil Malaysia untuk memperkuat skuad ASEAN All-Stars ini.
Walau bagaimanapun, berlaku perubahan apabila terdapat pemain yang mempunyai komitmen dan tugasan bersama pasukan kebangsaan hingga terlepas aksi yang diadakan di Bukit Jalil ini.
Terkini, seramai 5 orang pemain iaitu Haziq Nadzli, Sergio Aguero, Adib Raop, Declan Lambert dan Azam Azmi akan menjadi wakil Malaysia di dalam skuad ASEAN All-Stars itu nanti.
Aksi ASEAN All-Stars vs Manchester United akan diadakan pada 28 Mei ini di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan tiket boleh didapati di laman sesawang Ticket Empire.