5 Pemain Ulsan Hyundai Dalam Kesebelasan Terbaik Liga Korea
Asia
Ulsan Hyundai
Advertisements

Sebagai mengiktiraf kehebatan mereka menggondol gelaran juara K-League 1, lima pemain Ulsan Hyundai dipilih dalam kesebelasan terbaik liga itu.

Pengumuman nama mereka seperti yang dilaporkan agensi berita Yonhap merupakan sebahagian daripada Anugerah K-League 2023 yang diadakan pada hari ini.

Lima pemain yang dimaksudkan ialah Jo Hyeon-woo (penjaga gol), duo bek tengah Kim Young-gwon dan Seol Young-woo, Um Won-sang (tengah) dan Joo Min-kyu (penyerang).

Advertisements

Selain mereka, Alexander Grant, Oberdan, Zeca dan Wanderson (Pohang Steelers), Gerso Fernandes (Incheon United) dan Lee Soon-min (Gwangju FC) melengkapkan senarai kesebelasan utama itu.

Young-gwon turut mencuri tumpuan apabila dipilih sebagai pemain paling bernilai (MVP) K-League untuk musim 2023. Beliau mengatasi cabaran peledak Brazil, Zeca dari Pohang Steelers.

Sementara pengendali The Tigers, Hong Myung-bo dipilih sebagai jurulatih terbaik musim 2023.

Advertisements

Manakala pemain muda Gwangju FC, Jung Ho-yeon pula dipilih sebagai pemain muda terbaik K-League 1 untuk musim 2023.

Anugerah-anugerah ini pasti akan mendorong anak-anak buah Myung-bo untuk mengalahkan Kawasaki Frontale dalam aksi terakhir Kumpulan I ACL pada 12 Disember ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram