Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia ketika itu hanya mempunyai Darren Lok selaku penyerang utama pasukan dan Kim Pan-gon pastinya ingin merekrut muka baharu bagi menambahkan lagi kedalaman kualiti jentera serangan.

Justeru itu posisi penyerang tengah Harimau Malaya kini masih lagi terbuka buat penyerang tempatan berdasarkan dua aksi persahabatan yang lalu.

Berikut merupakan 5 pemain yang berpeluang memikat hati Kim Pan-gon:

Advertisements

Haqimi Azim

Haqimi Malaysia 1 5 Penyerang Tempatan Berpeluang Pikat Hati Kim Pan-gon

Penyerang berusia 20 tahun ini mula mendapat minit permainan bersama KL City dan telah berjaya menjaringkan 1 gol serta mencetak 1 bantuan jaringan bagi musim ini.

Walaupun kerap diturunkan selaku pemain sayap di KL City, posisi dominan Haqimi Azim ialah penyerang tengah.

Advertisements

Pemain berketinggian 1.84 m ini telah dipanggil menyertai skuad Malaysia bawah 23 tahun bagi aksi kelayakan Piala Asia B-23 namun nama beliau terpaksa digugurkan setelah mengalami kecederaan.

Haqimi Azim berpeluang untuk menyarung jersi Malaysia kelak sekiranya beliau mampu meningkatkan lagi prestasi semasa beliau.

Fergus Tierney

Advertisements

Fergus Tierney menyinar untuk skuad Malaysia bawah 23 tahun dalam aksi Piala AFF B-23 dan juga aksi kelayakan Piala Asia B-23.

Penyerang berusia 20 tahun ini telah menjaringkan 3 gol buat skuad E. Elavarasan. Malah di JDT II, Fergus Tierney merupakan antara pemain utama yang mengetuai jentera serangan pasukan.

Fergus Tierney kini mempunyai peluang cerah untuk menjadi tonggak utama Harimau Malaya bagi beberapa tahun yang akan mendatang.

Advertisements

Engku Nur Shakir

Pemain Terengganu ini telah berjaya merekodkan 4 gol dan 5 bantuan jaringan dalam 15 penampilan liga bersama Terengganu bagi musim ini.

Engku Nur Shakir kerap bermain selaku pemain sayap ataupun pemain tengah menyerang buat Terengganu namun posisi asal Nur Shakir adalah penyerang tengah.

Rekod semasa Nur Shakir membuktikan beliau berada dalam prestasi terbaik ketika ini malah beliau turut berada dalam senarai menunggu skuad kebangsaan untuk aksi persahabatan yang lalu.

Alif Ikmalrizal

Alif Ikmalrizal telah berjaya menjaringkan 3 gol buat pasukan Penang dalam kancah Liga Super musim ini. Malah Alif turut dinobatkan penjaring terbanyak Piala AFF B-23 dengan rekod 3 jaringan iaitu 2 gol ke atas Timor Leste dan 1 gol ke atas Vietnam.

Aksi positif Alif bersama skuad bawah 23 tahun ketika ini bakal membuka jalan buat dirinya menyertai skuad senior Malaysia kelak.

Shahrel Fikri

Penyerang Negeri Sembilan ini telah menjaringkan 5 gol dan 1 bantuan jaringan dalam 13 aksi Liga Super musim ini.

Namun ketika ini Shahrel Fikri sedang mengalami kecederaan dan telah terlepas beberapa perlawanan sejak pertengahan bulan Ogos yang lalu.

Penyerang berusia 28 tahun ini berpeluang untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya sekiranya beliau kembali konsisten menampilkan aksi cemerlang setelah baik dari kecederaannya.

Penutup

5 pemain tersebut merupakan pemain yang sedang menonjol dan mempunyai prestasi yang memberangsangkan ketika ini. Barisan staf kejurulatihan Harimau Malaya kini pastinya sedang meneliti para penyerang tempatan bagi mempersiapkan pasukan untuk kejohanan Pestabola Merdeka dan Piala Asia 2023 kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram