Sukan Olimpik 2028 bakal menyaksikan lima sukan baharu bakal dipertandingkan untuk semua kontinjen.
Temasya yang berlangsung di Paris baru-baru ini telah melabuhkan tirainya dengan pelbagai cerita suka duka dikongsi bersama atlet, jurulatih, media dan semua para peminat.
Kontinjen negara berjaya membawa pulang dua pingat gangsa dari sukan badminton sekaligus menghuni tangga ke-80 bersama 3 lagi negara dalam carta kutipan pingat.
Dengan berakhirnya cerita di Paris, tumpuan para peminat sukan bakal terarah ke Amerika Syarikat setelah Los Angeles telah dipilih menjadi tuan rumah bagi temasya berprestij itu.
Antara kelainan yang dibawa pada temasya Olimpik akan datang adalah dengan penambahan 5 sukan baharu iaitu besbol-sofbol, kriket, flag football, lacrosse serta skuasy.
Daripada lima sukan tersebut, dua sukan bakal membuat penampilan sulungnya di temasya Olimpik iaitu skuasy dan flag football manakala tiga yang lain akan dipertandingkan semula.
Besbol-sofbol pernah dimainkan di temasya Olimpik 1992, 2007 dan 2020 sementara lacrosse dipertandingkan pada edisi 1904 serta 1908 dan kriket membuat kemunculan pertama pada 1900.
Temasya Olimpik Los Angeles dijadualkan bermula pada 14 Julai sehingga 30 Julai 2028.