6 Negara Sahkan Kemaraan Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2026
Asia
Qatar FA
Advertisements

Enam pasukan gergasi Asia mengesahkan kemaraan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.

Enam pasukan tersebut ialah Qatar, Iran, Uzbekistan, Australia, Iraq dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). Maklumat ini dikongsikan oleh Footy Rankings menerusi satu hantaran di X.

Keenam-enam pasukan ini layak selepas memenangi perlawanan keempat kelayakan kumpulan masing-masing.

Advertisements

Selain mara ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2026, keenam-enam pasukan ini juga layak secara merit ke Piala Asia 2027.

Jepun bakal mengikut jejak enam pasukan tersebut selepas perlawanan Korea Utara-Jepun di Pyongyang pada 26 Mac lalu dibatalkan.

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berpotensi menganugerahkan kemenangan percuma 3-0 kepada Samurai Biru dalam Kumpulan B.

Advertisements

Sekiranya itu berlaku, Jepun bakal meraih 12 mata – cukup untuk membawa anak buah Hajime Moriyasu layak ke pusingan seterusnya.

Sementara itu, lima pasukan tersingkir dari pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 dan bakal mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Enam pasukan tersebut ialah Taiwan, Pakistan, Turkmenistan, Hong Kong dan Nepal.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram