6 Pemain Baru Jalani Latihan Bersama Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Kem Harimau Malaya diperkuatkan dengan kehadiran enam pemain baru yang melapor diri hari ini.

Lima pemain Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) iaitu Matthew Davies, La’Vere Corbin-Ong, Shahrul Saad, Feroz Baharudin dan Endrick dos Santos melapor diri hari ini.

Ad
Advertisement

Turut sama hadir melapor diri untuk tugasan skuad kebangsaan ialah pemain pertahanan Buriram United, Dion Cools.

Ad

Keenam-enam pemain ini sudah mula menjalani latihan bersama barisan pemain Harimau Malaya lain di Wisma FAM malam ini.

Advertisement

Walau bagaimanapun, kelibat penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed tidak kelihatan. Syihan yang sepatutnya menyertai kem Harimau Malaya hari ini terpaksa menarik diri akibat kecederaan.

Kecederaan yang dialami penjaga gol utama Harimau Selatan itu turut disahkan oleh doktor pasukan tersebut.

Ad
Advertisement

Tanpa kelibat Syihan, jurulatih skuad senior negara, Kim Pan-gon dijangka meletakkan kepercayaan kepada Azri Ghani, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi dan Sikh Izhan Nazrel.

Ad

Ini menjadikan pemain tengah Selangor FC, Nooa Laine sahaja yang belum menyertai kem skuad kebangsaan.

Advertisement

Nooa dijangka menyertai kem Harimau Malaya selepas kembali dari Indonesia. Ini kerana ketika ini Selangor memenuhi komitmen kejohanan RCTI Premium Sports yang diadakan di negara itu.

RCTI Premium Sports bakal berakhir pada 2 Jun ini dengan Merah Kuning bakal berentap dengan Persija Jakarta di pentas final.

Advertisement

Malaysia bakal berdepan Kyrgyzstan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 pada 6 Jun di Bishkek. Ini disusuli perlawanan menentang Chinese Taipei pada 11 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil.