7 Negara Kunci Slot Awal Ke Piala Dunia 2026
MakanBola
USMNT/AFA/JFA
Sponsors

Juara bertahan, Argentina antara 7 buah negara yang sudah mengesahkan tempat di Piala Dunia 2026.

Aksi Kelayakan Piala Dunia ketika ini rancak berlangsung di beberapa buah benua bagi mencari 48 pasukan yang akan turut serta bertanding pada kejohanan berprestij tersebut.

Ad

Buat masa ini, 7 buah negara dari benua Asia serta Amerika sudah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia yang akan diadakan pada pertengahan tahun 2026 hadapan.

Ad

Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada sebagai tuan rumah bagi Piala Dunia edisi ke-23 ini menjadi 3 pasukan terawal yang akan bertanding dengan persiapan kini rancak diatur.

Sementara itu, juara bertahan yang juga juara dunia 3 kali, Argentina baru sahaja memastikan slot ke kejohanan itu setelah memimpin carta Kelayakan Zon Amerika Selatan.

Ad

Dua buah negara dari benua Asia, Iran dan Jepun masing-masing sudah pun layak ke Piala Dunia 2026 apabila berada di tangga teratas kumpulan A dan C dengan mengumpul 20 mata.

Ad

Wakil tunggal Oceanie pada edisi 2026 bakal menjadi milik New Zealand yang muncul juara Kelayakan OFC dan bakal kembali ke pentas Piala Dunia setelah kali terakhir beraksi pada tahun 2010.

Ad

7 pasukan sudah pun mengunci slot ke Piala Dunia 2026 tatkala 41 lagi tempat bakal menjadi buruan negara-negara bagi merealisasikan impian beraksi di pentas tertinggi dunia.

7 negara layak ke Piala Dunia 2026

1- Amerika Syarikat.
2- Mexico.
3- Kanada.
4- Argentina.
5- Jepun.
6- Iran.
7. New Zealand.

Saingan Piala Dunia 2026 dijadualkan berlangsung bermula pada 11 Jun sehingga 19 Julai hadapan dengan sesi undian akan diadakan pada Disember 2025 ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments