8 Negara Berpotensi Ke Pusingan Ke-3 Kelayakan Piala Dunia Lebih Awal
Asia
Japan FA
Advertisements

Selepas tiga perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia, lapan pasukan berpeluang mengesahkan kemaraan ke pusingan seterusnya lebih awal.

Mengikut senarai yang dinyatakan Footy Rankings, pasukan-pasukan itu ialah Jepun, Australia, Iran, Uzbekistan, Iraq, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar dan Arab Saudi.

Daripada lapan pasukan tersebut, Australia, UAE, Arab Saudi, Iraq, Jepun dan Qatar berada pada kedudukan terbaik untuk mengesahkan kemaraan.

Advertisements

Keenam-enam pasukan ini memiliki sembilan mata selepas tiga perlawanan kumpulan kelayakan. Jepun, Qatar, UAE, Australia, Arab Saudi dan Iraq hanya perlu menang pada 26 Mac.

Sekiranya berjaya, kesemua pasukan ini layak ke pusingan seterusnya dengan status sebagai juara kumpulan masing-masing.

Advertisements

Manakala Iran dan Uzbekistan juga berpotensi layak dengan syarat memenangi aksi kelayakan seterusnya pada 26 Mac.

Berbeza dengan enam pasukan lain, Team Melli dan The White Wolves perlu bersaing bagi menentukan juara Kumpulan E. Ini disebabkan Iran dan Uzbekistan memiliki mata sama iaitu tujuh mata.

Advertisements

Penentuan kedudukan ini bakal berlaku pada 11 Jun ini apabila kedua-dua pasukan bertemu untuk aksi terakhir kumpulan di Tehran.

Lapan pasukan ini bukan saja layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Malah, lapan pasukan ini juga mengesahkan kelayakan secara merit ke Piala Asia 2027.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram