8 Pemain Selangor Bantu Harumkan Nama Malaysia Di Qatar
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

8 pemain Selangor bakal memperkuatkan skuad Harimau Malaya dalam misi mengharumkan nama Malaysia dalam saingan Piala Asia B23 di Qatar.

Senarai akhir barisan 23 pemain skuad kendalian Juan Garrido Torres ke Qatar telah diumumkan dan sebanyak 1/3 pemain yang dipanggil merupakan pemain dari pasukan Selangor.

Selangor akan melepaskan 8 pemain muda mereka sewaktu pasukan Gergasi Merah itu sedang menjalani aksi pramusim sebelum liga bermula pada 10 Mei nanti.

Advertisements

Seorang penjaga gol, dua pemain pertahanan, 4 pemain tengah dan seorang penyerang dari Selangor bakal melengkapi senarai 23 pemain Malaysia untuk aksi Piala Asia B23 kelak.

Muhammad Azim Al Amin (23 tahun), Ahmad Zikri Khalili (22 tahun), Harith Haiqal (22 tahun), Mukhairi Ajmal (23 tahun), Aliff Izwan (20 tahun), Nooa Laine (22 tahun), Syahir Bashah (23 tahun) dan Muhammad Khalil (19 tahun).

Dua pemain tengah yang meningkat naik, Mukhairi Ajmal dan Nooa Laine bakal menjadi taruhan utama pasukan Malaysia kelak dalam mengemudi jentera tengah pasukan.

Advertisements

Malaysia bakal berentap dengan 3 pasukan handalan iaitu Uzbekistan, Vietnam serta Kuwait bagi aksi kumpulan D Piala Asia B23 kelak.

Uzbekistan bakal menjadi ujian pertama buat Harimau Malaya pada 17 April ini sebelum menentang Vietnam (20 April) dan Kuwait (23 April).

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram