9 Negara Intai Hak Tuan Rumah Piala Asia 2031
MakanBola
AFC
Sponsors

Sembilan buah negara menyatakan minat untuk membida hak tuan rumah Piala Asia 2031.

ASEAN Football melaporkan sembilan negara tersebut yang diumumkan AFC ialah Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, India, Australia, Korea Selatan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan.

Ad

Tajikistan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan menyatakan minat untuk menganjurkan kejohanan berprestij di Asia itu sebagai tuan rumah bersama.

Ad

Indonesia, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, India, Australia dan Korea Selatan pula menyatakan minat sebagai tuan rumah.

Daripada sembilan negara yang berminat, hanya Indonesia, Kuwait, Australia dan UAE saja yang pernah menjadi tuan rumah Piala Asia.

Ad

Indonesia menjadi tuan rumah bersama Malaysia, Thailand dan Vietnam untuk edisi 2007. Kuwait dan Australia pula masing-masing menjadi tuan rumah edisi 1980 dan 2015.

Ad

UAE menjadi tuan rumah edisi 2019. India, Korea Selatan, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan belum pernah merasa bergelar tuan rumah Piala Asia.

Ad

Keputusan pemilihan tuan rumah bakal diketahui pada tahun 2026. Seandainya India, Tajikistan, Kyrgyzstan dan Uzbekistan dipilih, maka ia bakal menjadi satu lagi catatan sejarah kejohanan.

Ini kerana Piala Asia belum pernah diadakan di rantau Asia Selatan mahupun rantau Asia Tengah. Jika Indonesia terpilih, maka negara itu menjadi tuan rumah buat kali pertama sejak 2007.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments