900,000 Tiket Piala Asia Sudah Terjual
MakanBola
AFC
Sponsors

Kemeriahan Piala Asia 2023 yang bakal membuka tirainya esok semakin dirasai peminat bola sepak di serata benua berkenaan.

Malah, tiket kejohanan berkenaan turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan penyokong.

Ad

Mengikut statistik terbaru yang dikeluarkan Hassan Rabea Al Kuwari, Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Komunikasi, Jawatankuasa Penganjur Piala Asia AFC 2023, lebih 900,000 tiket sudah terjual.

Ad

Penyokong-penyokong dari negara tuan rumah, Qatar, India, Arab Saudi, Jordan, Filipina dan Indonesia mengetuai senarai pembeli. Ini menunjukkan minat mendalam penyokong terhadap Piala Asia yang berlangsung setiap empat tahun sekali.

Dengan jualan tiket yang laris, tidak hairanlah tiket sesetengah perlawanan sudah habis dijual seperti perlawanan pembukaan membabitkan Qatar dan Lubnan yang berlangsung esok.

Ad

“Menjadi tuan rumah acara sukan mega pada skala ini bukan saja melebihi sukan bola sepak. Piala Asia bakal memberi penyokong dari serata benua peluang untuk mempelajari budaya baru, membina persahabatan yang berkekalan dan mencipta memori yang bermakna,” katanya dalam sidang media jawatankuasa itu seperti dilaporkan The Gulf Times.

Ad

Penyokong Harimau Malaya masih berpeluang mendapatkan tiket tiga perlawanan Kumpulan E menentang Jordan (15 Januari), Bahrain (22 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).

Ad

Bagaimanapun, mereka perlu mendapatkannya dengan segera. Berdasarkan semakan di laman jualan tiket rasmi kejohanan, tiket untuk ketiga-tiga perlawanan itu semakin terhad.

Penyokong yang mempunyai rancangan ke Qatar untuk memberi sokongan kepada Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket menerusi pautan di bawah.

Klik Di Sini: Laman Tiket Rasmi Piala Asia 2023