Beberapa drama menarik berjaya dirakam dalam pertembungan saingan Liga Super Malaysia antara pasukan Negeri Sembilan dan Johor Darul Ta’zim.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Stadium Paroi pada semalam menyaksikan skuad kendalian Benjamin Mora meraih tiga mata penuh menewaskan Skuad Jang dengan keputusan 1-0.
1. Benjamin Mora ‘Koyak’ Dengan Perangai Pemain NSFC
Sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, para pemain Negeri Sembilan beberapa kali dilihat cuba untuk melengahkan masa dengan banyak kecederaan dialami para pemain. Penjaga gol NSFC, Syihan Hazmi antara yang mencuri tumpuan, bijak mencari peluang untuk melambatkan permainan.
Perkara itu jelas tidak dipersetujui pengendali JDT, Benjamin Mora yang seakan berang dengan sikap para pemain NSFC.
2. 10 Minit Masa Tambahan Yang Diberikan Pengadil
Pengadil perlawanan telah memberikan tambahan masa sebanyak sepuluh minit pada babak kedua permainan. Perkara ini dilihat tidak digemari sama sekali oleh pengendali NSFC, K. Devan yang melihat tambahan masa itu sebagai peluang terbaik buat JDT menjaringkan gol.
3. Peluang Keemasan Milik Kossi Adetu
Dalam perlawanan semalam, banyak peluang terbaik hadir buat penyerang-penyerang Skuad Jang namun satupun tidak menatijahkan kepada jaringan.
Peluang keemasan yang dimiliki NSFC hadir pada minit ke-99 permainan menerusi Kossi Adetu namun percubaannya jauh tersasar. Larian baik daripada A. Selvan gagal disempurnakan Kossi Adetu.
4. Kad Merah Matheus Alves
Matheus Alves telah dilayankan kad merah kerana melakukan protes kasar terhadap pengadil perlawanan. Aksi kurang professional beberapa pemain Skuad Jang turut terakam ketika masing-masing berang dengan tindakan pengadil, memberikan masa tambahan yang terlalu lama. Insiden tersebut berlaku usai wisel penamat dibunyikan.
5. Jaringan Fenomena Fernando Forestieri
Perlawanan Negeri Sembilan bertemu JDT tamat dengan jaringan fenomena penyerang JDT, Fernando Forestieri. Ledakan cantik Forestieri pada minit ke-110 permainan telah mengegar jaring Syihan Hazmi seterusnya melengkapkan malam gemilang JDT.
[…] Berikut merupakan lima insiden bikin ‘panas’ aksi Negeri Sembilan-JDT memetik laporan dari MakanBola […]