Bekas Jurulatih Kecergasan Argentina Di Piala Dunia Kini Perkuat JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS
Sponsors

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini telah berjaya mendapatkan khidmat bekas jurulatih kecergasan Argentina di Piala Dunia 2022, Rodrigo Barrios.

Juara Liga Super ini serius mahu memantapkan lagi barisan kejurulatihan pasukan apabila secara rasminya mengumumkan kehadiran jurulatih baharu pasukan, Esteban Solari baru-baru ini.

Ad
Sponsors

Setelah pemergian Benjamin Mora, terdapat beberapa barisan kejurulatihan yang turut mengangkat kaki meninggalkan skuad Harimau Selatan.

Ad

Persoalan ini akhirnya terjawab apabila laman rasmi Johor Southern Tigers mengesahkan kehadiran bekas jurulatih kecergasan Estudiantes ini bagi musim 2023. 

Pengalaman luas yang dimiliki oleh Barrios sudah tentu amat berharga buat JDT yang mahu melangkah dengan lebih baik terutamanya dalam pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Ad
View this post on Instagram

A post shared by JOHOR DARUL TA’ZIM FC (@officialjohor)

Ad

Usaha ini dilihat signifikan dengan kehadiran beberapa tonggak baharu pasukan dalam memastikan usaha  mengekalkan mahkota kejuaraan yang dimenangi musim lalu.

Ad