Bojan Hodak Sambar Saravanan Perkukuh Serangan KL City
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Barisan serangan KL City dijangka lebih tajam menjelang saingan Liga Super yang bermula pada minggu hadapan. Ini selepas City Boys berjaya mendapatkan pemain sayap T. Saravanan.

Perpindahan bekas pemain sayap Selangor II itu diumumkan KL City menerusi laman media sosial mereka hari ini.

Ad
Sponsors

Sebelum ini, sudah ada ura-ura Saravanan sudah menjadi sebahagian daripada KL City yang dibimbing oleh Bojan Hodak.

Ura-ura tersebut semakin kuat apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merujuk kelab Saravanan sebagai KL City semasa memanggilnya menyertai latihan pusat skuad bawah 23 tahun negara seminggu yang lalu.

Ad

Kehadiran bekas pemain pinjaman Penang itu dijangka menambah ketajaman di bahagian sayap. Ini sekaligus dapat mengurangkan beban jentera serangan yang diterajui Herlison Caion, Romel Morales, Patrick Reichelt dan Tchetche Kipre.

Ad