Liga Super: JDT Tenang Atasi KL City
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi kedua Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan skuad kendalian Esteban Solari menundukkan The City Boys dengan keputusan 3-0.

Perlawanan bermula dengan kedua-dua pasukan dilihat cuba menyesuaikan diri dengan keadaan padang yang agak basah. Peluang terbaik buat KL City hadir menerusi sepakan percuma yang diambil Paulo Josue, malangnya sepakan beliau ditangkap kemas penjaga gol JDT, Syihan Hazmi.

Ad
Sponsors

Gol pembukaan terhasil sebelum babak pertama tamat. Pada minit ke-41 permainan, jaringan terhasil menerusi tandukan kapten pasukan JDT, Jordi Amat yang memanfaatkan hantaran sepakan percuma dari Juan Muniz.

Ad

Separuh masa pertama tamat dengan JDT mendahului 1-0 di hadapan.

Bersambung babak kedua perlawanan, JDT konsisten mendominasi permainan. Pada minit ke-52 permainan, giliran Endrick Dos Santos pula untuk meledak. Pemain naturalisasi ini menanduk masuk bola ke gawang KL City menewaskan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza.

Ad

Sebelum perlawanan tamat, gandingan ubi muda JDT melengkapkan malam gemilang skuad Harimau Selatan. Hantaran cantik Ramadhan Saifullah telah disempurnakan Arif Aiman Hanapi sekaligus memastikan jaringan ketiga buat JDT.

Ad

Empat minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. JDT memastikan tiga mata dibawa pulang dengan atasi KL City, 3-0.

Ad