ABK: Pencalonan Pemain Import Terbaik Suntik Semangat Bergson
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson da Silva melihat pencalonan Pemain Import Terbaik Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2024-2025 (ABK24-25) memberi semangat kepada dirinya.

Penyerang berusia 34 tahun itu merupakan pemenang anugerah sama untuk edisi 2022 dan 2023.

Ad

Bergson kini tercalon buat kali ketiga berturut-turut. Beliau bakal dicabar rakan sepasukan, Juan Muniz dan pemain sayap Selangor FC, Alvin Fortes.

Ad

Ramai peminat menganggap Bergson sebagai pilihan utama selepas meledakkan 32 gol dalam saingan Liga Super. Ini menjadikan beliau pemain pertama dalam sejarah liga menyumbat 30 gol semusim.

Pencapaian tersebut menyaksikan Bergson semakin menghampiri rekod penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super yang dimiliki Indra Putra Mahayuddin. Beliau menyumbat 105 gol, satu gol di belakang legenda Harimau Malaya itu.

Ad

Bergson mengakui jika beliau merangkul anugerah itu buat kali ketiga, ini akan mendorongnya untuk terus menampilkan aksi terbaik di atas padang.

Ad

“Jika itu berlaku, saya akan jadi gembira sekali lagi. Ini kerana macam saya katakan, anugerah peribadi bukan sasaran saya,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Tapi bila itu berlaku, itu jadikan saya lebih bersemangat. Itu akan mendorong saya berusaha lebih kuat setiap hari.

“Jika itu berlaku, saya akan rasa gembira. Anda juga tahu saya akan beri lebih lagi (di atas padang).”

Musim 2024/25 menyaksikan Bergson sudah meraih gelaran juara Piala Sumbangsih, Piala FA dan Liga Super bersama JDT.

Beliau berpeluang menambah satu lagi trofi apabila Harimau Selatan menentang Sri Pahang FC di pentas final Unifi Piala Malaysia pada 26 April ini.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments