ACL: Al-Hilal Cipta Rekod Dunia, Singkirkan Al-Ittihad
ACL
Al-Hilal Saudi Club
Advertisements

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal mencipta sejarah hari ini bila menewaskan Al-Ittihad 2-0 dalam aksi kedua suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Ini kerana mereka telah mencipta rekod kemenangan paling panjang di dunia dengan 28 perlawanan. Ini sekaligus mengatasi rekod yang dicipta kelab Wales, The New Saints pada musim 2016-2017.

Al-Hilal dilihat pasukan pilihan untuk mara ke separuh akhir meskipun beraksi di tempat lawan. Manakala Al-Ittihad pula berharap dapat mengubah defisit 2-0 yang diraih dalam aksi suku akhir pertama.

Advertisements

Tanpa kelibat bintang Perancis, Karim Benzema, jurulatih The Tigers, Marcelo Gallardo mempertaruhkan Abderrazak Hamdallah untuk mengetuai bahagian serangan.

Babak pertama menyaksikan tuan rumah berusaha menembusi barisan pertahanan The Blue Waves untuk mendapatkan gol awal.

Advertisements

Malangnya, setiap gerakan yang cuba direncana berjaya digagalkan barisan pertahanan pelawat diketuai Yasir Al-Shahrani.

Al-Hilal juga berusaha mencari gol tambahan bagi mempertahankan kedudukan agregat 2-0. Bagaimanapun, keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, The Blue Waves terus kental menyerap setiap asakan yang dilemparkan tuan rumah.

Gol yang dicari Al-Hilal akhirnya muncul pada minit ke-61 menerusi Yasir selepas menerima hantaran pemain Serbia, Sergej Milinkovic-Savic.

Advertisements

Tersentak, Gallardo membuat beberapa pertukaran untuk cuba mengubah momentum kembali memihak kepada Al-Ittihad.

Malangnya, itu tidak berlaku. Sebaliknya, Hamdallah kemudiannya dibuang padang oleh pengadil pada minit ke-91 kerana melakukan terjahan keras ke atas pemain Al-Hilal.

Kelebihan itu dimanfaatkan sepenuhnya The Blue Waves yang menyumbat gol kedua menerusi Malcom pada minit ke-95. Keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini sudah cukup buat Al-Hilal mara ke separuh akhir dengan keputusan agregat 4-0.

Kerja keras Yasir sebagai bek kiri pelawat mendapat pengiktirafan Sofascore sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini. Beliau mendapat 8.0 mata, 0.4 mata di hadapan Milinkovic-Savic.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram