ACL: Al-Hilal Kekal Unggul, Tundukkan Al-Ittihad
ACL
Al-Hilal FC
Advertisements

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal meraih kelebihan selesa untuk aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Ini selepas The Blue Waves yang dibimbing Jorge Jesus berjaya mengatasi cabaran satu lagi kelab Arab Saudi, Al-Ittihad dalam aksi suku akhir pertama ACL awal pagi tadi.

Al-Hilal memiliki kelebihan kerana sudah menewaskan lawan sama dalam aksi terbaru Saudi Pro League beberapa hari yang lepas.

Advertisements

Al-Ittihad yang dibimbing Marcelo Gallardo turun tanpa bintang utama mereka, Karim Benzema. Keadaan ini menyaksikan Romarinho terus bergandingan dengan penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah.

Separuh masa pertama menyaksikan Al-Hilal mendominasi perlawanan. Malangnya, beberapa gerakan serangan mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan The Tigers diketuai bek tengah Mesir, Ahmed Hegazy.

Advertisements

Ini memaksa Al-Hilal perlu menunggu sehingga minit ke-40 untuk membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti penyerang Serbia, Aleksandar Mitrovic.

Dua minit selepas itu, giliran penyerang Arab Saudi, Salem Al-Dawsari merobek gawang Al-Ittihad selepas menerima hantaran Malcom. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Al-Hilal terus memberi tekanan kepada pelawat ditambah dengan sokongan padu penyokong mereka.

Tugas The Tigers makin sukar apabila pembantu pengadil video (VAR) mengesan kekasaran yang dilakukan bekas pemain tengah Chelsea, N’Golo Kante pada minit ke-65.

Advertisements

Selepas diminta melihat monitor oleh VAR, pengadil membatalkan kad kuning yang dilayangkan dan melayangkan kad merah kepada Kante.

The Blue Waves terus berusaha mendapatkan gol tambahan tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Prestasi cemerlang yang ditampilkan penjaga gol Mohammed Al-Owais menyebabkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan oleh Sofascore. Penjaga gol berusia 32 tahun itu mendapat 8.1 mata, 0.3 mata di hadapan Mitrovic.

Al-Hilal hanya perlu mempertahankan kelebihan agregat mereka apabila kedua-dua pasukan kembali bersemuka pada 13 Mac ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram