Jaguh Arab Saudi, Al-Hilal nyaris diaibkan kelab Uzbekistan, Navbahor dalam satu aksi Liga Juara-Juara AFC (ACL).
Aksi yang berlangsung di Stadium King Fahd menyaksikan Jorge Jesus menurunkan kesebelasan terbaik yang diketuai oleh bintang Brazil, Neymar.
Pasukan tersebut bagaimanapun tidak dapat mempamerkan persembahan yang diharapkan.
Al-Hilal juga yang menguasai sebahagian besar permainan tidak dapat mencari gol yang diharapkan.
Babak pertama tamat 0-0 kepada Navbahor.
Bersambung babak kedua, Mereka dikejutkan dengan gol Toma Tabatadze menerusi satu ledakan cantik ke dalam gawang Al-Hilal.
Maruah Al-Hilal terselamat apabila gol Ali Al-Bulayhi pada minit ke-100 memastikan tuan rumah mengutip satu mata.
Klip: ACL- Al-Hilal vs Navbahor