Aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan dari Arab Saudi iaitu Al-Nassr dan pasukan dari Iran, Persepolis.
Babak separuh masa pertama tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, pemain tengah Persepolis, Milad Sarlak telah dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-52 permainan.
Sepuluh minit selepas itu, Al-Nassr akhirnya memecah kebuntuan menerusi jaringan Abdul Ghareeb. Gerakan cantik yang disusun Brozovic, Ronaldo dan Ghareeb memberi kelebihan buat pasukan pelawat mendahului permainan.
Pada minit ke-72 permaian, giliran pertahanan kanan Al-Nassr, Mohamad Qasem untuk meledak. Jaringan Qasem tersebut memastikan tiga mata berharga menjadi milik Al-Nassr.
Perlawanan seterusnya menyaksikan Al-Nassr bakal bertemu Istiklol sementara pasukan Persepolis akan berentap menentang pasukan Al-Duhail pada Selasa, 3 Oktober 2023.