ACL: Bangkok United Akur Dikecewakan Yokohama Marinos Saat Akhir
ACL
ACL
Advertisements

Perlawanan pusingan 16 terbaik kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertembungan antara wakil Jepun, Yokohama Marinos dan wakil dari Thailand, Bangkok United.

Aksi di separuh masa pertama, biarpun pasukan tuan rumah Yokohama Marinos lebih mendominasi permainan dengan 70% penguasaan bola, kelab dari Jepun itu masih gagal mencetak jaringan. Disiplin yang ditampilkan Bangkok United turut menjadi penghalang buat Yokohama meledak.

Separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan, Yokohama Marinos 0-0 Bangkok United.

Advertisements

Terdahulu pada aksi di pusingan pertama, kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 2-2. Bermain di laman Bangkok United, jaringan saat akhir Yokohama telah memadam hasrat wakil dari Thailand itu untuk mencatat kemenangan. Agregat 2-2 ini dibawa bagi penentuan aksi malam ini.

Bersambung babak kedua permainan, Yokohama terus mendominasi permainan. Beberapa pertukaran yang dilakukan Yokohama turut memberi tonik tambahan buat skuad kendalian.

Advertisements

Bagaimanapun kubu Bangkok United kebal, kekal tak dibolosi sebarang jaringan hingga wisel penamat 90 minit aksi dibunyikan pengadil, sekaligus membawa aksi ke masa tambahan.

Sebelum wisel penamat untuk aksi di masa kecederaan ditiupkan, Bangkok United sekali lagi dikecewakan menerusi jaringan saat akhir. Pengadil perlawanan memberikan sepakan penalti buat tuan rumah apabila bola terkena tangan pertahanan pasukan pelawat.

Advertisements

Aksi tamat, Yokohama 1-0 Bangkok United. Yokohama Marinos mengesahkan kemaraan ke pentas suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) dengan agregat 3-2.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram