Advertisement
ACL: Bangkok United ‘Baham’ Kelab Korea, Jeonbuk Hyundai
ACL
MakanBola
Bangkok United

Bangkok United berjaya mengejutkan pasukan Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai dengan kemenangan 3-2 dalam aksi kedua kumpulan F saingan ACL.

Bangkok United terlebih dahulu melakukan kesilapan apabila pemain tengah, Limwannasathian menjaringkan gol sendiri pada minit ke-19 permainan.

Terdentak dengan gol itu, Bangkok United mengatur beberapa siri serangan dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan menerusi Poomchantuek pada minit ke-26 perlawanan.

Bersambung babak kedua, giliran pemain Jeonbuk pula melakukan kesilapan apabila pemain Ahn Hyeon-Beom menjaringkan gol sendiri pada minit ke-58 permainan.

Penyerang Bangkok United, Willen Mota menambah gol ketiga pasukan pada minit ke-82 hasil hantaran Puangchan.

Jeonbuk cuba untuk bangkit dan berjaya merapatkan kedudukan menerusi jaringan Moon Seon-Min beberapa minit sebelum tamat perlawanan.

Namun usaha Jeonbuk mencari gol penyamaan tidak kesampaian apabila Bangkok berjaya mematahkan serangan Jeonbuk.

Aksi sengit ini menyaksikan Jeonbuk berjaya menguasai perlawanan dengan 58% penguasaan bola manakala kedua-dua pasukan memiliki rekod percubaan yang seimbang dengan 11 percubaan daripada Bangkok United dan 12 percubaan daripada Jeonbuk Hyundai.

Tamat perlawanan, Bangkok United menang tipis 3-2 ke atas Jeonbuk Hyundai dan kini Bangkok United berjaya mengumpul 6 mata manakala Jeonbuk mengumpul 3 mata dalam 2 aksi awal ACL.