ACL: Barisan Kedua Al-Nassr Nyaris Dimalukan Istiklol
ACL
Al-Nassr FC
Advertisements

Kelab Tajikistan, Istiklol mencipta kejutan dengan mengikat kelab gergasi Arab Saudi, Al-Nassr 1-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E awal pagi tadi.

Dengan Al-Alami sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 pasukan terbaik, Luiz Castro menggunakan peluang ini untuk merehatkan ramai pemain bintang termasuk Cristiano Ronaldo.

Bagaimanapun, percaturan itu hampir memakan diri apabila mereka ketinggalan menerusi gol kapten Istiklol, Alisher Dzhalilov pada minit ke-32.

Advertisements

Al-Nassr cuba bangkit tetapi The Lions mempertahankan kelebihan 1-0 mereka sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Al-Alami terus menggandakan serangan. Gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-50 menerusi Abdulrahman Ghareeb.

Advertisements

Gol tersebut memberi keyakinan kepada pelawat untuk memburu gol kemenangan. Malangnya, setiap percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol Istiklol, Rustam Yatimov.

Ini mendorong Castro memasukkan Anderson Talisca dan Otavio untuk menambah sengat di bahagian serangan tetapi tidak berhasil. Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan Al-Nassr mengakhiri kempen Kumpulan E sebagai juara kumpulan dengan rekod tanpa kalah sepanjang enam perlawanan.

Kini, fokus mereka beralih pula kepada perlawanan Saudi Pro League seterusnya menentang Al-Riyadh pada Sabtu ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram